2.12.10



aku pernah merasakan kehilangan seperti kamu,

kehilangan seseorang yang sangat bermakna,
padahal beliau masih aku perlukan,
untuk meneruskan perjuangan dan perjalanan hidup.

aku tahu aku amat menyayanginya,
namun ada lagi yang amat menyayanginya
dan ini merupakan suatu ketentuan hidup
tipu, bagi diriku untuk menidakkan kehilangannya

meskipun pada saat-saat akhir beliau menunjukkan
tingkah laku yang berlainan dan jengkel di hatiku
namun pengakhiran sebegini mustahil untuk tidak diratapi
kau yang bernama ibu bapa, sahabat dan saudara.

hati ini kuat kerana kecederaan yang aku alami 
tidak terasa apabila mengingatkan saat ketiadaan kau disisi
hati aku perih tidak terungkap melalui kata-kata
tubuh ini terasa goyah saat untuk menegakkan diri

kini setelah beberapa hari, bulan, dan tahun yang aku lalui
baru aku mengenali makna ketabahan,
berkat dari sokongan rakan dan keluarga
baru aku mengetahui bahawa hidup itu perlukan pengorbanan. 

No comments: