29.4.11

Ini kisah si awan putih, putihnya tidak terperi
namun untuk didaki susah sekali
mana tangga untuk berdiri
dimana lara untuk dilari

ini kisah si awan putih, katanya hidup hanya sekali
namun jarang manusia mahu menghargai
erti hidup yang kadang sehari
termenung saja di sana-sini

ini kisah si awan putih, yang hanya redha kepada Ilahi
tak mahu dikenang dan tak mahu dipuji
mungkin takut memakan diri
diri yang hanya sehalus lidi

No comments: