11.4.11

Malam, aku ingin bercerita lagi
pada waktu dan tika ini juga sekarang ini
aku ingin berkongsi dengan pencipta kita
bercerita mengenai apa yang aku lalui
insyaAllah masa yang tidak mungkin aku lupakan
seperti masa dulu, cuma punya situasi yang berbeza

Malam itu aku berjaga janji ku dalam hati untuk menjaga
dan bukan berjaga, lewat untuk aku menyedari siapa yang sebenarnya
tengah menjaga dan berjaga. sahabat yang sedang lena diulit mimpi kadang
bergerak sedikit agaknya sedang menyesuaikan posisi untuk keselesaan semasa
sedang tidur, tersenyum aku melihat sahabat yang nyenyak dan dibuai lena. lalu terlintas
di fikiranku satu baris ayat dalam Al-Quran yang berbunyi

"Allah tidak mengantuk dan tidak tidur" Ayat Kursi : ( Al-Baqarah : 255).


Subhanallah... ketika manusia sedang tidur
Dia yang menjaganya, ketika manusia sedang sakit
Dia yang menyembuhkannya, ketika manusia berasa bersendirian
Dia yang menemankannya.

Allah.. betapa Engkau Maha Pengasih Maha Penyayang.
Allah bukan aku yang sedang menjaga rakanku Ya Allah
adapun aku tengah bersengkang mata untuk menemaninya,
itu semua tidak akan terjadi jika tidak dengan izin-Mu Ya Allah.

Betapa kerdilnya diri ini Ya Allah.
mengapa baru kini aku menyedari Engkau lah sebenarnya
yang menjaga tidur kami Ya Allah..


Mengapa jarang untuk manusia bersyukur atas nikmat
tidur yang Engkau berikan Ya Allah.

Jam 6 setengah pagi, sahabat yang lena di malam hari
Alhamdulillah bangkit dalam keadaan yang segar lagi sihat
adapun pada tiap-tiap malam ketika manusia sedang memejamkan mata,
menenangkan diri dan fikiran di waktu malam tanpa kami sedari
Engkau telah memisahkan roh daripada jasad kami(mati).

kini matahari telah terbit (pagi),
Allah..kaki ini baharu sahaja melangkah keluar dari bilik sahabat,
cahaya pagi yang menyinar tembus daripada rimbunan daun dari
pokok-pokok sekeliling blok kediaman lalu mengejutkan diri ini
dengan pemandangan yang indah ciptaan-Mu


Malam yang bertukar menjadi siang/pagi semua takkan berlaku tanpa
kuasa dan izin-Mu Ya Allah...


Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal.
(Surah Ali 'Imran:190)

No comments: