12.9.11

malam ini aku menulis lagi, 
berkenaan kisah di satu hari
sebagai yang  pertama kali 
untuk aku mencari pengalaman berhari-hari
namun sebenarnya pengalaman ini dijadikan sebagai satu alat 
untuk mencari makna diri. 


sebagai manusia biasa aku cuba berlagak biasa 
kembali berada di alam realiti 
di mana dunia itu bukan cuma didiami oleh makhluk yang sama sepertiku, 
aku terpegun melihat realiti yang selama ini aku kurang pasti 
akan kebenaran dalam mencari dunia sebenar yang bukanlah hakiki. 
masa terus berlalu memberi aku peluang untuk mempelajari
keadaan sekeliling yang mana diminta untuk diambil sebagai pengajaran



benar apa yang dipertontonkan oleh media mengenai dunia hari ini
masalah sosial berleluasa, pentadbiran dan pemimpin saling dikaitkan
dengan satu istilah iaitu kuasa. kata pada pada mereka HAHAHA

kerana kuasa yang dipegang cuma sementara, maut menanti untuk semua
anak muda mencari kebebasan, makna bebas dibawa dari barat
fantasi dan realiti tidak dapat dibezakan akhirnya membawa kekesalan
dalam diri.


Buka minda wahai saudara dan saudari,
kita disini bukan sahaja lahir untuk menjalani kehidupan yang palsu,
tapi memimpin diri serta mengibar bendera KEJAYAAN hingga
ke akhir usia...

No comments: