12.11.11

hidup manusia dilihat sebagai satu pengembaraan
dalam kembara yang dijalani
banyak bersemuka dengan ragam kehidupan
adakalanya maksud sebuah perjalanan disalah ertikan

antara niat dan keperluan dianggap kehendak
bila bersemuka dianggap bermuka-muka
putaran roda ditampal dengan rimbun noda
kerana itu setiap langkah dipijak-pijak

Allah,  teringat aku akan lirik nasyid Demi Masa dendangan Raihan
ingat lima perkara sebelum lima perkara
sihat sebelum sakit
muda sebelum tua
kaya sebelum miskin
lapang sebelum sempit
hidup sebelum mati

mungkin inilah dinamakan erti sebuah pengembaraan
bersyukur pada yang ada
berusaha pada yang tiada

No comments: