22.1.12

Seketika aku berada di ruangan kenangan
Teringat satu masa dahulu aku dan adik beradik ku
Duduk bersama-sama di tempat duduk belakang
Sebuah kereta putih pilihan Baba yang Mama beli
Saat itu kami sudah cukup merasa senang meskipun
Mama dan Baba cukup menanggung beban atas nama
tanggungjawab untuk menyara kami 5 beradik

Kini, setelah 10 tahun berlalu 2 daripada saudara ku
Sudah menamatkan zaman bujang mereka
Atas restu dan pilihan kedua orang tuaku yang tersayang
Mereka kini keluar menjalani kehidupan baharu
Saat ini aku, dua adikku dan kedua orang tuaku
Dalam perjalanan ke kampung halaman Babaku
Tetapi akal fikiranku melayang jauh memikirkan sesuatu


Harapan dan hajat Mama dan Babaku mulai tertumpu kepadaku, Dengan Izin-Mu Ya Allah
Jauh untuk menyalahkan mereka, siapa aku tanpa Mama dan Baba


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesiapa yang menunaikan hajat saudaranya, nescaya Allah akan menunaikan hajatnya." (Hadis riwayat Imam Ahmad, Tirmizi dan Abu Daud)


Mohon pada-Mu Ya Allah agar aku hidup di muka bumi ini menjadi khalifah yang sentiasa tidak lupa untuk berbakti kepada Ibubapa, sentiasa menyenangi hati mereka yang aku sendiri tidak tahu satu masa nanti sama ada kedua Ibubapaku atau aku yang akan pergi menemui-Mu. Allahu Rabbi.


Biarkan anak harapan ini berjaya di dunia dan juga di akhirat Ya Allah, kerana Aku masih lagi mengingati azamku yang mula ditanam sejak 4 tahun yang lalu 'Aku mahu menjadi anak yang paling berbakti di antara semua adik beradik yang lain'. Cita-citaku bukan biasa,aku tidak mahu sekadar lahir, membesar, bersekolah, bekerja, membina keluarga kemudian mati sama seperti manusia-manusia yang lain Ya Allah. Aku bercita-cita untuk menjadi khalifah yang kau ciptakan dan yang aku janjikan sejak aku mula diturunkan di atas muka bumi-Mu Ya Allah.

Izinkan hamba-Mu ini Ya Allah, mencipta nama sebagai tokoh yang Cinta pada agama terakhir junjungan Rasul-Mu dan dibelakang khalifah-Mu ini terukir nama kedua Ibubapanya. Aamiin.



Marahku sentiasa Dia dengari
   Jahatku sentiasa Dia perhati  

No comments: