13.3.12


imbas  kenangan ketika di bangku sekolah lagi salah seorang daripada guru ku pernah menulis  sebuah puisi khas buat semua pelajar SMK Merpati, puisi yang cukup puitis bermula dengan  rangkap pertama "pentingkan yang lebih penting.." 

perkataan itu...
ayat itu...

seolah-olah sentiasa bersamaku 
tetapi masih rasa tidak pasti 
mengapa berat untuk membenarkan kata-kata itu

tahun-tahun berikutnya
sekali lagi 
kali ini dari seorang sahabat isinya juga sama
dengan perkataan atau ayat itu

tulisan terakhir yang aku terima adalah semasa hari lahir ku yang ke-19
juga dari seorang sahabat yang kini jauh lebih baik hijrahnya berbanding diri aku sendiri
dalam pemberian/hadiah itu juga terkandung mesej dan intipati yang sama iaitu mengenai
istilah 'penting' itu sendiri

sehinggalah genap usiaku yang ke-23
untuk 10 tahun ini, perkataan/ayat ini tidak pernah lari
walau sekali
tapi kali ini melalui lisan atau tutur kata
dari seorang pensyarah sehingga kepada sahabat inspirasi

sayang...kalini untuk kiraan yang tidak terhitung
aku kembali lesu, jatuh dan tidak bermaya
yang pasti rasa ini kembali lagi
tidak pernah lari dan perkataan/ayat itu aku yakini

pasti

No comments: