10.5.12

Normal bagi manusia yang punya mata
Sebaliknya buat manusia yang tidak halus penelitiannya

Normal bagi manusia yang punya telinga
Sebaliknya buat manusia yang tidak tajam pendengarannya

Hidup ini Indah, Hidup ini juga Kuasa
Indah untuk manusia yang mengenal akan harga diri
BUMI, INSAN, HIDUPAN, ANGIN, HUJAN, GUNUNG
dan sebagainya..

Kuasa buat manusia yang dahagakan nilai di dunia juga di akhirat
PANGKAT, HARTA, KELUARGA, dan INSAN ISTIMEWA

Aku tertanya, apa lagi manusia yang tidak bersyukur masih meminta,
masih meronta, masih menyalahkan tiap jiwa disekeliling tanpa
memikirkan kesalahan diri sendiri yang tiap kali dilakukan
tanpa menyedari yang DIA sedang memerhati


Kerana

Aku NORMAL
Aku juga SEBALIKNYA


No comments: