29.4.12

Ya Rahman Ya Rahim..
Ya Rahman Ya Rahim..
Ya Rahman Ya Rahim..

setitik demi setitik air mata menitis
mengharapkan diri untuk diampuni
menggigil hamba menggigil bila merasa angin yang kuat
seterusnya hujan membasahi tubuh yang penuh dosa ini

akal ini jarang digunakan untuk menakul dua perkara 
iman dan nafsu, hamba mengaku bahawa nafsu selalu
didahulukan manakala iman sentiasa dibelakangkan

hamba lupa bila mana Engkau sentiasa hadirkan 
rahmat dan kasih sayangmu kepada hamba-hamba-Mu

Engkau Maha Pengasih, Engkau Maha Penyayang

Allah terima kasih atas segala-galanya.

No comments: