13.5.14

hari keempat,
aku buat dia marah
entah untuk kali ke berapa
sakit juga kepala memikirkan

kelmarin semasa pulang dari kerja
kenderaan yang aku pandu sedikit terbabas dengan lori yang makan jalan
syukur tengah puasa dapat juga control

aku sudah minta maaf dengan dia
orang kata maaf adalah perkataan
yang senang untuk diungkap
dalam ertikata lain klise

bagi pandangan peribadi
perbuatan dari menuturkan perkataan
maaf itu aku rujuk sebagai ego seseorang

senang meminta maaf
dan senang memaafkan
beerti orang itu kurang egonya

payah meminta maaf
dan payah memaafkan
beerti orang itu tinggi egonya

"puan, maafkan gogok ya".

No comments: