17.5.14

hari kelapan.
beberapa hari yang lalu aku beranikan diri untuk buka moment di wechatnya
ada banyak sangat perasaan
yang aku rasa masa itu

perasaan takut
perasaan malu
perasaan rindu

Alhamdulillah penerbangan yang dia naiki selamat sampai. Syukur.

aku tidak pasti sampai bila aku mahu sembunyikan diri.

kalau dulu asal saja dia marah, aku tidak berhenti cari jalan untuk dia maafkan aku

tapi dalam masa yang sama kaedah yang aku gunakan, aku rasa menyebalkan.

call terus..
sms terus..
chat terus..

tapi sekarang aku tidak berani buat begitu lagi kerana

aku takut dibilang...

akhirnya aku seperti cerita dalam komik anime yang aku baca

jadi bayang-bayang.

maaf sebab 564

No comments: