26.5.14

Puan marah lagi

apa tak nya habis main futsal aku buka moment
tengok takda post terkini si puan di wechat
pelik juga..
syok2 si pare hirup minuman berais aku pi kacau

"pare apa post puan yang baru?"

"ada ni gambar dia dengan kawan dia".

"si puan guna baju yang malam ni punya?"

"bukan pare".

hati aku kata mungkin dia hide moment dia lagi dari aku
kemudian aku buka hurmmmm

SAH LAH DI HIDE

aduh, lepas bagi tunjuk pare
aku keluar dari meja
terus cari port bertenang di belakang kereta reza
fikir la apa lagi salah yang aku buat kali ni

tak jumpa jawapan
aku balik ke meja
kawan2 pun buat muka blur
adeh

release tension trus semua buat lawak dunggu
layan sajala

abis dorang kembar hantar aku balik
masuk bilik aku ready nak tidur
bukan malas nak fikir
tapi sedihlah kalau dah balik2 bagi puan marah kan
rasa macam tak guna punya orang la aku ni

tekup muka trus tidur
tak lama telefon aku bdering
aku tengok hp kecil ada panggilan yang tak berangkat dari puan
tapi bukan hp tu yang berdering
aku capai lagi satu tengok nama puan atas panggilan
aku angkat la

"tidur?" puan tanya

"errr ya tertidur" sambil buat senyum dunggu

"..."

"puan marah gogok?"

"hmmm"

"kenapa?"

"orang datang sana, gogok bukan mau jumpa puan"

disitu juga aku pukul muka sendiri, bolehnya la aku tak terfikir.. betul2 lambat tangkap.

"maaf, bukan gogok nda mau jumpa puan. masa tu gogok bagi kawan mcik si pare bcerita tak sopan pula kalau kasi tinggal dia di situkan"

"..."

aku tahu aku bagi jawapan yang tak masuk akal, sebenarnya malam ni aku tak jangka puan datang sebab chat dengan dia baru2 tu dia kata dia tak tahu pun mom dan sis dia turun main futsal malam ni dan lagi satu malam ni dengar dia macam ada hal lepas tu mau ambil anak buah dia lagi, hah takpa la kan kalau aku tak bagi tengok muka sekejap. an? an?

"gogok sebenarnya segan".

"eee.. mau segan apa juga".

segan, ya aku segan sebab aku kurang yakin malam tu
musuh aku adalah diri aku sendiri jadi aku kenal yang musuh aku atau diri aku sendiri punya tabiat yang sukar dijangka termasuklah emosi aku sendiri.

"nda mau kawan gogok".

aduh banyak2 perkataan, perkataan ni la yang paling aku trauma sebab perkataan ni juga aku masuk kaunseling masa tingkatan 3 dulu. bab-bab emosi ni aku takleh la.. leleh oh.

"nda mau kawan gogok sampai bila?"

"ntah.. nda mau kawan gogok lagi".

bukan aku tak tanya pasal dia, lepas rima jumpa dia malam ni, aku ada tanya kawan aku

"dia pakai baju apa?"

"dia cantik tak tadi?"

dan macam2 lagi la

selepas tu perbualan kami lebih kepada soal dan jawab

1 soalan 1 jawapan

sampai la aku kata
"gogok nda tau lagi ni macam mana mau pujuk puan".

"nda payah la bah pujuk".

checkmate.
checkmate.
checkmate.

satu kali saja sebut kan,
tapi begitu la dalam fikiran balik2 sampai nda tau lagi mau cakap apa

aku mau cari alasan ka bila aku diam
bukan tapi aku kecewa la uwaaaa

dia diam
aku diam
dia diam

sampai mati panggilan.

mengalah.



No comments: