12.3.15

mama : "kata orang kalau kita rindu dengan seseorang, orang tu pun rindu dengan kita juga."

lebih kurang begitulah yang beliau cakap. selesai ucapan tu aku dengan egonya mengatakan tak tapi dalam hati saja. kesimpulannya Allah lebih Maha Mengetahui.

justifikasi aku?

5

5

5

4

eh

tersasul :P

aku pernah rindu dengan orang ni. aku tak rasa perasaan rindu ni biasa. yang boleh aku ungkap, nyatakan, tulis dan hantar kemudian menerima balasan dan ucapan yang sama dari dia.

tapi rindu yang.. begini: aku rindu dia, kemudian tangan aku gapai telefon dan mula menaip (tapi tak terus tulis imu) aku tanya khabar dia, belum pun mesej tu dihantar aku terima mesej baru dari dia yang menyatakan dia rindu aku. HAH!!!

tak kurang tak lebih tapi hati aku berbunga-bunga, sejak dari situ aku bagi dia pangkat soulmate walaupun masa tu aku tak mengerti sangat maksudnya.

bahagia di dunia cuma sementara, quotes aku yang berbunyi "satu sahabat satu cerita, situasi yang sama cuma watak yang berbeza" menjadikan aku sedih teramat sangat. terutamanya bila aku sendiri yang melakukan kesilapan. aku dan dia tak lagi sehaluan.

rehabilitasi.

macam penagih pula kan, hehe.. "romeo yang always zero" aku mark pada diri aku sendiri, untuk bleachkan perasaan rindu tu memang biru hampir ketahap kemurungan (mungkin) aku ada cari jalan untuk memperbaiki hubungan. dia adalah sahabat. masa tu tak berputar ke belakang tapi aku tetap aku, penuh harapan. takkan lah dia tak ada rasa nak maafkan diri aku, rindu aku dia tak rasa lagi? atau dia tak ingat kenangan

kenangan terindah. aku nak ulang.

begitupun, keadaan tak seperti yang aku harapkan. aku redha.

jadi berbalik kepada awal cerita

sejak dari itu aku menidakkan perasaan rindu

rindu macam mana yang kau pernah rasa?

rindu kemudian ketawa

rindu sambil menangis

rindu walaupun marah/geram/kecewa

Allahualam

No comments: