29.4.15

masuk bilik hotel aku rasa tenang
selesai bersuci dan maghrib, on playstation sampai penat
masak air, makan indo mee dan buat secawan kopi susu
panjat tingkap hotel, aku duduk bersandar sambil makan dan merenung tembok laut sandakan
aku terbayang cerita yang puan cerita masa hari lahirnya

terima kasih Rabb bagi waktu untuk bersendiri walaupun sungguh hamba berharap kalau dia ada disisi, tapi itu semua jauh daripada realiti

malam tu aku kongsi perihal anxiety dengan sahabat sekampus yang mengambil major psikologi
pertama tu dia agak terkejut (aku da jangka) banyak yang dia bagi nasihat
untuk jenis patient yang degil macam aku agak susahlah untuk dia
maaf dina, diri aku sudah sebati dengan prinsip yang memakan diri
aku tak kisah asal orang lain aku tak apa-apakan

aku tak perlu ubat penenang macam pesakit anxiety yang lain
cuma teman untuk berkomunikasi haha sama pula dengan jurusan yang aku ambil dulu

sama ada aku menanti waktu 12 tengah malam atau aku saja record lagu talking to the moon untuk simpanan peribadi.

subuh dan cukup matang.

pagi ni aku breakfast di balin roof, sempat menjenguk sekejap pemandangan bandar sandakan dari atap hotel nak. cantik mungkin di waktu malam lagi cantik :)

bah aku kasi tinggal kamu dulu ya sebab banana pancake dan fresh milk aku menunggu untuk di santap.

adieu.


No comments: