23.4.15

temukan apa erti dibalik cerita
hati ini terasa berbunga-bunga.. - malik & d' essential (dia)

mengimbas kembali bagaimana bersungguhnya aku
dalam mencuri hati orang yang aku sayangi

sanggup berlari mendapatkan dia yang di hadapan
semata-mata untuk menemaninya berjalan menuju ke perhentian bas
padahal bas sekolah ku setia menunggu di belakang

sesungguhnya untuk memegang tangan orang yang dikasihi juga memerlukan masa

bagaimana diam ku tidak memaksa dia memilih aku atau rakan baiknya
mungkin itulah hebatnya kuasa sabar

mendengar dan memahami minatnya
menabung duit sekolah untuk menghadiahkan cd kegemarannya

masa digunakan sebaiknya
jarak kediaman bukan perbezaan
temankan dia duduk di dalam bas sehingga sampai di perhentian
seakan tidak mahu memori terhenti disitu, perlahan aku berikan hoodies yang aku pakai tinggalkan aku dengan polo putih.

putih :)

waktu sekejap begitu boleh membuat aku gembira dan bermimpi sebelum waktu tidur

sehingga kini ya sehingga kini.

tbc

No comments: