24.7.15

petang kemarin masa balik mungkin kerana perasaan aku terganggu di tempat kerja menyebabkan dada aku sesak dan aku jadi marah semarah marahnya. marah aku btukar menjadi kesal. balik balik aku istighfar.

aku jadi lemas bila aku laung satu nama. sekali.

aku terdiam aku tau aku tak patut.

dan aku tak pasti kalau yang kemarin petang itu puan.

harini masa dalam bas aku mainkan playlist google. seingat aku ada 4 lagu baru dalam ruang download. selepas lagu sampai mati by hazama tiba tiba bersambung pula dengan intro lagu yang familiar bunyinya.

lagu dafi. tapi bila masa pula aku download.. pelik. seram pun ada.
seram sebab matching pula dengan hati. kot kot ada link yang aku tak tau.

haha banyak betul kebetulan.

No comments: