11.8.15

aku tak boleh puaskan hati semua orang
kalau aku rasa aku tak buat jahat tapi orang lain terasa hati

hati batu

mungkin aku sudah lama berhubungan dengan ms. a tapi aku tak sedar

di depan aku ada potongan lemon di atas teh panas di dalam cawan putih

luarannya cantik tapi bila dihirup rasanya pahit. cantik tapi pahit

realiti dunia pasti ada yang lebih dan kurang

kalau semua boleh dimiliki sekarang apa adakah namanya syurga

di penghujung dunia ni sudah banyak golongan akhir zaman yang lantang menyuarakan tentang hak mereka

hak itu milik Allah

pernah dulu aku soalkan kenapa jadi begini dan kenapa tidak begitu

soalanku sudah berjawab

"Kita hidup di  alam ini adalah dalam keterpaksaan, dipaksa, dan terpaksa". - Ustaz Daisuki

sayang macam manapun kalau memang tak boleh maka tak boleh

aku hukum nafsu aku dari memusnahkan diri aku dan dia di dalam api neraka

aku masih bercakap mengenai dia

mungkin ini dunia aku
fantasi aku

selama mana aku pun tak pasti tapi aku mahu ianya kekal di dunia yang selamanya

sampai nanti ada jawapannya

bila sudah ada keputusannya masa tu aku akan tahu. tapi selagi masih berada di dunia, in sha Allah aku akan berusaha

di mana pun aku pergi dia sentiasa ada

waktu aku bangun dan membuka mata,
bila aku melangkah keluar dari pagar rumah,
di dalam kereta semasa aku memandu,
sewaktu aku berada di dalam restoran,
bila aku memandang langit di tempat parkir kereta,
waktu-waktu lunch break dan punch card,
dan semasa berbaring sebelum aku melelapkan mata.

aku bersyukur Allah bantu aku dalam segala hal dan kalau dia boleh faham mengenai perkara ni. aku berharap dia maafkan aku









No comments: