16.5.16

9:49 pm

lalu dari belakang bangunan buat terasa lambat benar masa berjalan.

hampir setahun aku tidak masuk perumahan ini. perumahan yang tidak asing untuk aku dan mutaqqi.

senyum sampai telinga.

kawanku jan telah lama di drop di tepi jalan. seperti tape rakaman si jan mengulang "tempat lepak mu dulukan".

aku teringin mahu pusing. aku panggil-panggil miko aku kata "miko, kita di tempat puan la" agaknya 5 kali repeat

kaki aku menekan pedal brek perlahan-lahan sepertinya aku tahu tempat pemberhentian kereta aku yang dulu. aku mahu pandang ke arah yang sama tapi pandangan dan fikiran aku ke arah satu objek yang melemahkan.

untuk hari yang ketiga termasuk malam ni selepas aku menghantar ijan. aku lalu laluan yang sama untuk balik ke rumah. aku dengar pesannya.

"hati-hati".

aku memandu dan melepasi jalan bulat yang aku ambil selalu. kerana jalan tu punya sengih yang aku tiada sekarang.

beza

awal di bukit tadi aku mengirim lagi.


bahagialah dia di dunia dan akhirat :)


No comments: